fbpx

380 kesalahan dilakukan pemandu warga asing

PUTRAJAYA, 4 Dis – Sepanjang operasi bersepadu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Imigresen yang bermula Isnin lepas, sebanyak 380 kesalahan yang dikesan melibatkan pemandu warga asing.

Menurut Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Shaharuddin Khalid, kesalahan terbesar melibatkan kesalahan tidak memiliki lesen memandu iaitu sebanyak 189 kesalahan. 47 daripadanya adalah kesalahan tidak memiliki lesen memandu kenderaan barangan (GDL), 72 kesalahan lesen tamat tempoh dan 72 kesalahan tiada perlindungan insurans.

Sumber: BERNAMA