fbpx

‘Bibik’ lari.. Syatilla Melvin tawar ganjaran RM3,000

Syatilla Melvin telah menawarkan ganjaran RM3,000 kepada sesiapa yang berjaya menjejaki pembantu rumahnya yang melarikan diri pada Khamis lalu. Katanya juga, pembantu rumah tersebut telah melakukan sesuatu terhadap keluarga mereka.

“Wahai followers yg tercinta, SAYA OFFER CASH REWARD 3K UTK SAPA YG TERNAMPAK ATAU TERJUMPAK MANGKUK AYUN NI (MAID AKU)”

“Dia lari pagi tadi n dah BUAT SESUATU PADA KELUARGA SAYA!! POLIS AKAN BANTU DALAM SIASATAN.”

Syatilla yang merupakan isteri kepada pelakon popular Shaheizy Sam turut berkongsi foto-foto pembantu rumah yang telah melarikan diri tersebut. Lebih menggelikan hati apabila Syatilla menyatakan ciri-ciri pembantu rumah tersebut:

-PENDEK MCM POKOK KUCAI
-TAIK LALAT SAMPAH ATAS MULUT
-GIGI JARANG (jarak 1km antara 1gigi ke gigi yg lain) .

Gambar pembantu rumah yang dikongsikan Syatilla Melvin melalui akaun Instagram miliknya

Syatilla juga menyatakan dia telah meminta bantuan pihak polis untuk menjejak pembantu rumah yang telah melarikan diri itu. Dia juga menjangkakan pembantu rumah tersebut mungkin sudah berada di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) atau Johor.

“SAPA JUMPA ROJER!!! 3K CASH AKU BAGI .
DIA MUNGKIN KT AREA TBS SEKARANG ATAU JOHOR LARI IKUT BATAM!!!”

Sesiapa yang ada maklumat tentang pembantu rumah Syatilla yang melarikan diri itu, bolehkan hubungi pihak beliau untuk memberikan maklumat anda. Untung-untung dapat RM3,000. Hehe

Leave a Reply