PATUTKAH? – Kontrak Ong Kim Swee tidak akan disambung

KUALA LUMPUR, 5 Dis – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah mengesahkan kotrak ketua jurulatih skuad Bawah 22 Tahun (B-22) negara, Ong Kim Swee tidak akan disambung hujung tahun ini.

Perkara itu diumumkan hari ini setelah skuad B-22 negara tewas di tangan skuad Kemboja di Sukan SEA 2019 di Filipina semalam.

Pada pendapat penulis, jika keputusan untuk tidak menyambung kontrak Ong Kim Swee dibuat kerana kegagalannya membawa kemenangan untuk skuad B-22 negara di Sukan SEA, ianya adalah tidak patut. Bagi penulis, kita harus melihat juga kejayaan yang telah dicapai oleh Kim Swee sebelum ini. Akan tetapi, jika keputusan ini dibuat kerana FAM merasakan ada jurulatih lain yang lebih baik dan dapat membawa skuad B-22 ini ke peringkat yang lebih tinggi, ianya sangat-sangatlah dialu-alukan.

Apa-apapun terima kasih kepada Ong Kim Swee kerana telah membuat banyak perubahan kepada skuad B-22 negara kita.

Leave a Reply

.