fbpx

Berjuta telefon bimbit tidak akan dapat lagi menggunakan Whatsapp

Pihak Whatsapp mengumumkan bahawa pengguna telefon bimbit yang menggunakan perisian WIndows tidak akan boleh menggunakan Whatsapp mulai 1hb Januari 2020. Ia turut menyatakan bahawan berkemungkinan aplikasi Whatsapp itu tidak akan ada di ‘Microsoft Store’ selepas 1hb Julai 2020.

Tidak setakat itu, untuk pengguna Android dan iOS juga turut terkena impaknya.

Bagi pengguna telefon bimbit Android yang menggunakan perisian Android 2.3.7 dan sebelumnya, mereka akan kehilangan akses Whatsapp selepas Januari 2020.

Bagi pengguna iOS 8 dan sebelumnya juga, mereka tidak boleh menggunakan lagi Whatsapp pada 1hb Februari 2020.

Antara model-model yang akan terkesan adalah iPhone 4 dan sebelumnya, the Google Nexus One dan juga semua model telefon bimbit Windows.

Pihak Whatsapp menyarankan pengguna untuk menggunakan peranti telefon bimbit Android versi 4.0.3 ke atas dan bagi iOS pula, iOS 9 dan keatas.

Leave a Reply