fbpx

Dua Juara Gegar Vaganza 6?

Setelah kontroversi minggu yang dilanjutkan, Gegar Vaganza sekali lagi mencipta satu kejutan apabila mengumumkan dua juara untuk program musim kali ini, Gegar Vaganza musim ke-6.

Naqiu (Boboy) yang mempersembahkan lagu Srikandi CIntaku dan Hardy Mirza dengan lagu Ku Bersuara telah diumumkan sebagai juara untuk musim kali ini. Ini menjadikan tiada pemenang untuk tempat kedua. Kedua-dua mereka juga mempersembahkan lagu battle bersama menerusi lagu HaaTepok.

Ini bermaknan kedua-dua mereka membawa pulang hadiah yang berupa wang tunai RM100,000 setiap seorang. Selain itu juga mereka turut memenangi pakej percutian, pakej mengubahsuai rumah dan juga trofi.

Dengan pengumuman dua juara pada Gegar Vaganza musim kali ini, tiada tempat kedua diumumkan. Manakala tempat ketiga dimenangi oleh Jatt dengan hadiah kemenangan wang tunai RM30,000, pakej pengubahsuaian rumah, pakej percutian beserta trofi.

Tempat keempat disandang oleh Nurfatima dengan hadiah wang tunai RM20,000 beserta trofi. Tempat kelima menjadi milik One Nation Emcees dan tempat keenam menjadi mili Sham Visa dengan hadiah wang tunai RM15,000 dan RM10,000 beserta trofi masing-masing.

Leave a Reply